My Add

Monday 8 October 2012

Soi Lek gesa rakyat Pulau Pinang tolak politik kekerasan

GEORGETOWN, ISNIN, 08 0KTOBER, 2012 : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggesa rakyat Pulau Pinang menolak politik kekerasan yang diamalkan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang cenderung memilih cara berdemonstrasi dan provokasi bagi menyatakan hasrat mereka termasuk mengapi-apikan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Kita menolak sekeras-kerasnya perjuangan politik kekerasan. Perkara ini mungkin mencetuskan huru-hara kepada negara majmuk seperti Malaysia, jika ia tidak dibendung. Jadi, kita perlu menolak parti seperti DAP," katanya ketika berucap pada Jamuan Mesra Rakyat Barisan Nasional kawasan Parlimen Bayan Baru di sini, malam tadi.

Beliau berkata, janji-janji yang ditaburkan pakatan pembangkang bukan sahaja tidak ditepati malah hanya bersifat 'syok sendiri' dan mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan masa depan rakyat.

Dr Chua menambah rakyat seharusnya sedar sepanjang tempoh empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Pulau Pinang, masih banyak janji pilihan raya mereka belum ditunaikan.

"Yang pertama mereka janji nak naik taraf dan tingkatkan mutu pengangkutan awam. Mana dia? Kerajaan negeri pernah janji nak wujudkan Tiger Park (taman harimau), mana dia janji mereka? Sampai sekarang tak ada apa," katanya.

Dr Chua memberi jaminan bahawa BN akan memberi perkhimatan terbaik jika rakyat kembali memberi mandat kepadanya untuk mentadbir semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment