My Add

Wednesday 24 October 2012

Speaker Dewan Rakyat dapat kebenaran merayu

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 24 Oktober, 2012: Buat pertama kalinya, Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan isu pengasingan kuasa dalam menentukan sama ada badan kehakiman mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes salah laku dan disiplin melibatkan Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak lagi untuk kebenaran merayu.

Mahkamah tertinggi negara akan memutuskan isu perlembagaan yang penting itu ketika mendengar rayuan Speaker berhubung keputusan dua mahkamah terdahulu yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Keempat-keempatnya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa wakil rakyat pembangkang itu berhak diberi ganjaran walaupun penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan bermula 16 Mac 2009, sah di sisi undang-undang.

Speaker dan tiga pihak lagi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah; dan Kerajaan Malaysia diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi.

Gobind pula diwakili oleh peguam Karpal Singh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment