My Add

Wednesday 24 October 2012

STK teksi gagal dilesenkan akan ditarik balik

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menarik semula "Surat Tawaran Kelulusan" (STK) teksi yang gagal dilesenkan dalam tempoh yang telah diberikan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata salah satu tujuan STK yang gagal dilesenkan ditarik balik adalah untuk mengawal keseimbangan permintaan dan penawaran serta mengurangkan jumlah teksi di seluruh negara.

"Jumlah STK teksi yang gagal dilesenkan dalam tempoh setahun yang diberikan adalah sebanyak 6,602 di mana 5,147 daripada jumlah itu adalah milik syarikat, 1,024 adalah milik individu, dua milik perkongsian, 366 milik koperasi dan 30 milik persatuan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kassim (PKR-Kuala Kedah) di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Kassim ingin tahu keputusan SPAD menarik semula permit teksi yang dikenali tidak aktif dan memberi kepada pemandu teksi persendirian.

Setakat ini, beliau berkata notis pembatalan STK telah dihantar kepada 1,130 pemilik yang berkaitan manakala 519 notis peringatan pembatalan STK telah dihantar kepada pemilik yang masih memilikinya namun masih lagi sah sehingga bulan Februari tahun depan. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment