My Add

Thursday 25 October 2012

Suspek bunuh bayi ditahan

*NUR Irisyafida Balkis Abdul Azim bersama ibunya, Rafidah Mohd. Ishak sebelum meninggal dunia 16 Oktober lalu dipercayai akibat didera suspek.

Oleh HAMDAN TAWADI
BATU PAHAT, RABU, 24 Oktober, 2012: Suspek kes bunuh bayi berusia lapan bulan yang juga merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa, ditahan reman sehingga Selasa ini selepas direman berhubung kes samun sebelum ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, lelaki berusia 34 tahun itu sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes samun mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan tempoh reman itu berakhir semalam.

“Polis menahan semula suspek dan hari ini dia direman berhubung kes bunuh bayi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim meninggal dunia pada 16 Oktober lalu dipercayai akibat didera oleh suspek. - UTUSAN


 

No comments:

Post a Comment