My Add

Monday 8 October 2012

Syamsul Yusof menang 4 Anugerah Blokbuster

*SYAMSUL Yusof (kiri) ditemani Yusof Haslam serta adiknya selepas menggondol empat Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin.


SHAH ALAM, AHAD, 07 Oktober, 2012; Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 28, meraih trofi dan wang tunai berjumlah RM25,000 dengan menggondol empat Anugerah Blokbuster di Stadium Malawati di sini semalam.

Beliau memenangi kategori Filem Terhebat yang melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 dan RM5,000 bagi setiap kategori Tuan Direktor Terhebat (KL Gangster), Filem Aksi Terhebat (KL Gangster), Filem Takut Terhebat (Khurafat).

Beliau yang merupakan anak pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam itu juga dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) kerana kecemerlangannya dalam berkarya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment