My Add

Friday 26 October 2012

Tentera Laut AS dikerah jaga keamanan laut di Asia

MANILA, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Komander sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) semalam berkata, kehadiran Tentera Laut AS di Asia mampu menjaga ‘kebebasan di kawasan laut’ ketika China mendakwa mahu menjaga kedaulatan perairannya yang terletak di kawasan pertikaian.

Komander kapal USS George Washington yang dikerah ke Filipina, Kapten Gregory Fenton berkata, tindakan AS itu tidak bermaksud mahu campur tangan berhubung isu pertikaian wilayah, tetapi bertujuan menjaga keselamatan laluan kapal.

“Satu daripada sebab kami dikerah ke wilayah berkenaan untuk memberi kebebasan belayar di perairan terbabit.

“Misi ini sangat penting untuk memastikan urusan perdagangan yang menggunakan laluan kapal di kawasan pertindihan terjamin dan selamat," katanya.

Bagaimanapun, Fenton menegaskan kehadiran kapal pengangkut pesawat itu merupakan perkara rutin dan tidak berkaitan dengan ketegangan antara Filipina dan China berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan. - AFP

No comments:

Post a Comment