My Add

Thursday 25 October 2012

Tinjauan ABC tunjuk Obama diminati di dunia

LONDON, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama lebih diminati di seluruh dunia berbanding pesaingnya, Mitt Romney, menurut tinjauan yang dijalankan BBC.

Sebanyak 50 peratus memilih Obama berbanding hanya sembilan peratus untuk Romney, dengan Pakistan menjadi satu-satunya negara dari 21 buah negara yang terlibat dalam tinjauan itu memilih calon daripada Parti Republikan itu memenangi Pilihan Raya Presiden yang akan berlangsung bulan depan.

Sementara itu di Washington, Obama dan Romney kini memasuki waktu getir kempen dalam tempoh dua minggu, selepas selesainya debat tiga pusingan yang berlangsung dalam suasana sengit antara kedua-dua calon.

Obama merancang mengadakan kempen merangkumi kawasan seluas 8,500 kilometer persegi hari ini di Iowa, Colorado, California dan Nevada, sebelum bermalam di Florida, manakala Romney pula berkempen di Reno, Nevada dan Cedar Rapids, Iowa hari ini sebelum menghadiri tiga kempen di Ohio, esok.- AFP

No comments:

Post a Comment