My Add

Tuesday 16 October 2012

Undang-undang insurans mudah dimanipulasi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Kelemahan penguatkuasaan undang- undang sedia ada dikatakan menjadi punca utama berleluasanya kegiatan memanipulasi tuntutan insurans sejak kebelakangan ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh mendedahkan, terdapat banyak kelemahan dalam undang-undang berkaitan insurans sehingga mudah dimanipulasikan khususnya oleh pengamal undang-undang untuk mengaut keuntungan semaksimum mungkin.

"Akta Insurans 1996 perlu dikaji semula supaya segala kelemahan yang ada di dalam undang-undang tersebut dapat diselaraskan mengikut keadaan semasa.

"Selain itu, penguatkuasaan yang lemah turut menjadi faktor kegiatan tersebut semakin berleluasa walaupun ada akta khusus bagi melindungi hak pemegang insurans," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment