My Add

Friday 26 October 2012

Usah gadai aset rakyat Selangor


Abu Bakar Yahya
Oleh ABDUL YAZID ALIAS dan ABDUL RAZAK IDRIS
SHAH ALAM, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menggadaikan aset anak syarikat kerajaan negeri yang sepatutnya memberi manfaat kepada pembangunan negeri dan rakyat.

Merujuk dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju dengan cadangan menjual lima aset milik perbadanan itu yang berjumlah RM321 juta, mereka menyifatkan tindakan itu tidak menepati matlamat asal perbadanan untuk memastikan pembangunan sosioekonomi rakyat dapat dibangunkan secara seimbang di Selangor.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, sebagai anak syarikat kerajaan negeri, PKNS khususnya Abdul Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarahnya perlu memikirkan soal yang lebih besar iaitu membangunkan lagi perbadanan itu selain memastikan agenda pembangunan rakyat khususnya bumiputera dapat diteruskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment