My Add

Monday 22 October 2012

Usul potong gaji Menteri KPDNKK RM10 ditolak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012:: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul daripada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) untuk memotong gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebanyak RM10.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menolak usul berkenaan berkata usul yang dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) tidak dapat dipertimbangkan untuk dikemukakan di dalam Dewan kerana tidak menyatakan dengan jelas perkara yang hendak dikurangkan. 

"Selain itu usul perlu memberikan alasan bagi pengurangan tersebut dan memberikan suatu justifikasi terperinci bagi alasan pengurangan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau yang meneliti usul itu turut menegaskan keputusan berkenaan dibuat bagi mengelakkan sebarang persoalan perundangan ditimbulkan.

"Gaji adalah hak individu dan ia bermaksud menteri itu mempunyai hak ke atas gaji mereka. Dewan ini tidak mempunyai hak untuk mengambilnya," katanya.

Pua mengemukakan usul berkenaan pada Rabu lalu dengan mendakwa Ismail Sabri menyalahguna kuasa melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment