My Add

Tuesday 9 October 2012

Wujud aktivis 'pak turut' golongan liberal, anti-Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Kebelakangan ini wujud kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiah yang mesra, bersahabat serta saling melengkapi golongan pengamal liberalisme termasuklah anti-Islam.

Ketua Eksekutif Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr. Amran Muhammad berkata, aktivis serta gerakan dakwah Islamiah yang dulunya diangkat sebagai jurubicara umat mempertahankan agama, kini hanya menjadi "pak turut' kepada pelopor era pasca-modenisme iaitu kelompok liberalisme dan anti-Islam.

Katanya, akibat daripada tindakan tersebut, integriti dan kredibiliti aktivis serta gerakan dakwah Islamiah semakin merudum dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Lebih parah apabila golongan ini menjadi ejen mengelirukan kefahaman serta pegangan umat Islam, bahkan mereka secara terbuka mempertahankan idea-idea songsang mengenai Islam yang digembar-gemburkan oleh pelopor-pelopor pasca-modenisme beragama di negara ini," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment