My Add

Monday 8 October 2012

Yayasan Ayahanda SeMalaysia dilancar

MELAKA, AHAD, 07 Oktober, 2012; Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) yang memberi manfaat berkaitan kebajikan dan perlindungan kepada ahli bergelar Ayahanda, veteran dan balu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilancarkan hari ini.

Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Husain Al Shahab berkata, antara fungsi yayasan itu termasuklah mengumpul, menggeratkan dan menjaga kebajikan ahli selain bekerjasama dengan NGO lain yang mempunyai misi sama.

"Inisiatif ini dilihat sesuatu yang cukup bermanfaat demi memastikan kelangsungan kehidupan mereka terbela," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu.

YAS dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara di sini hari ini. - UTUSAN

1 comment:

  1. Assalamualaikum...AL-FATIHAH kepada AYAHNDA DATO'MOHD HUSIN ANWAR

    ReplyDelete