My Add

Friday 9 November 2012

10 maut, 20 hilang dalam banjir, tanah runtuh di Sulawesi

JAKARTA, JUMAAT, 09 November, 2012:: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 20 lagi dilaporkan hilang apabila banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Sulawesi, Indonesia.

Ketua Polis Tempatan, Kapten Yuslim Yunus hari ini berkata, tanah runtuh menyekat air di sungai Kampung Batangguru daerah Mamasa menyebabkan ia melimpah dan menghanyutkan tujuh rumah.

Beliau berkata, mayat 10 orang itu sama ada yang lemas atau tertimbus dalam lumpur ditemui lewat semalam. Angka kematian mungkin meningkat apabila anggota penyelamat meneruskan operasi mencari mereka yang masih hilang.

Musim hujan kerap menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di Indonesia memandangkan 17,000 pulau di negara itu terdapat berjuta-juta orang tinggal berdekatan kawasan pergunungan atau kawasan yang mudah dilanda banjir. - AP

No comments:

Post a Comment