My Add

Monday 19 November 2012

10 maut di Palestin, angka kematian cecah 87 mangsa

GAZA (Sempadan Palestin), ISNIN, 19 November, 201: Serangan udara Israel di sepanjang Tebing Gaza awal pagi tadi meragut 10 nyawa, seterusnya menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh kepada 87 selepas Israel meneruskan kempen serangan udara yang memasuki hari keenam berturut-turut.

Angka kematian terbaru membabitkan dua petani dalam serangan di timur Khan Yunis (selatan Tebing Gaza), Qarara,

Sebelum itu, tiga sekeluarga warga Palestin maut dalam serangan udara ke atas sebuah kereta di Deir al-Balah.

Di bandar Gaza, dua wanita, seorang kanak-kanak dan petani berusia 50 tahun dari bandar Beit Lahiya maut dalam serangan udara Israel hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment