My Add

Wednesday 14 November 2012

15,000 kunjungi Puteri Harbour dalam tempoh kurang sebulan


 *PARA pengunjung menyaksikan persembahan Hello Kitty di Taman
Tema Keluarga Puteri Harbour di Nusajaya, Johor, semalam.
NUSAJAYA, SELASA, 13 November, 2012: Tidak sampai sebulan dibuka, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour yang turut menempatkan Sanrio Hello Kitty Town yang pertama seumpamanya dibina di luar Jepun mendapat sambutan apabila menerima kunjungan kira-kira 15,000 orang.

Taman tema kedua dibina dalam kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya dengan kos kira-kira RM115 juta dan dibuka sejak 26 Oktober lalu itu optimis mencapai sasaran seramai 500,000 pengunjung dalam tempoh setahun selepas memulakan operasinya.

Penolong Naib Presiden Bahagian Operasi Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Fahruddin Najumudeen berkata, sehingga kini, purata kedatangan pengunjung setiap hari kira-kira 1,500 orang dan boleh mencecah sehingga 2,500 pada cuti hujung minggu. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment