My Add

Sunday 18 November 2012

2 pencuri kabel telefon maut

KOTA BHARU, SABRU, 17 November, 2012: Dua daripada tiga pencuri kabel yang melarikan diri selepas melakukan kegiatan haram itu di Tumpat maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di simpang empat berhampiran Pusat Jualan Perodua, Wakaf Che Yeh dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi, kedua-dua suspek maut selepas mengalami kecederaan parah manakala rakan mereka yang memandu kereta berkenaan terselamat.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek dikejar oleh anggota peronda dari Tumpat selepas disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri kabel telefon.

Idris memberitahu, penumpang hadapan Proton Wira tersebut maut di tempat kejadian manakala penumpang belakang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment