My Add

Thursday 22 November 2012

20 artis tempatan bantu rakyat Palestin


*YANT Hamzah (kiri) sebak selepas mengaminkan doa perlindungan warga Palestin ketika mengutip derma di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
KUALA LUMPUR, RABU, 21 November, 2012:- Kira-kira 20 artis tanah air berkumpul di hadapan pusat beli-belah Pavillion, Bukit Bintang di sini bagi mengumpul dana membantu rakyat Palestin yang teraniaya dan ditindas.

Tanpa mengira malu dan melupakan seketika soal populariti, para artis tersebut menghulurkan tabung kepada orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Antara yang hadir menjayakan program anjuran Usrah Fitrah dengan sokongan Tabung Aman Palestin itu ialah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Zoey Rahman, Farhan AF, Siti Nordiana, Ayu Damit dan Iqram Dinzly.

Menurut Penolong Pengerusi Usrah Fitrah, Irma Hasmie, rancangan mengadakan kutipan dana itu hanya diputuskan dalam masa tiga hari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment