My Add

Saturday 10 November 2012

25 maut kereta api bawa petrol tergelincir di Myanmar

YANGON,  SABTU, 10 November, 2012: Seramai 25 orang maut dan 62 lagi mengalami kecederaan apabila kereta api yang membawa petrol tergelincir dan terbakar, lapor televisyen hari ini.

Kebanyakan mangsa ialah penduduk kampung yang cuba mengutip petrol terbabit.

MRTV berkata, kebakaran bermula selepas tiga gerabak membawa petrol memasuki laluan ke bandar Kanbalu, berdekatan sempadan India iaitu cuma 500 kilometer utara Yangon.

Penduduk kampung Chekgyi mengerumuni kawasan nahas untuk cuba mengutip petrol yang melimpah dan menyebabkan mereka terperangkap dalam kebakaran.

17 askar terbunuh nahas helikopter di Turki

DI ANKARA, SABTU: Seramai 17 askar terbunuh apabila helikopter membawa anggota untuk misi menentang pemberontak Kurdish terhempas akibat kabus tebal hari ini, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian di pergunungan daerah Pervari, wilayah Siirt, tempat pemberontak Parti Pekerja Kurdistan dikatakan aktif.

Gabenor wilayah, Ahmet Aydin berkata, 13 askar dan empat anak kapal terbunuh.

4 maut kereta api tergelincir di Iran

DI TEHRAN: Seramai empat orang maut dan 35 lagi cedera seleaps kereta api penumpang tergelincir di tengah negara itu, lapor televisyen Iran.

Kereta api itu tergelincir di bandar Yazd, lewat petang semalam.

Gabenor wilayah itu, Mohammad Reza Falahzadeh berkata, mereka yang maut termasuk dua pemandu dan dua penumpang.

Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital di Yazd. - AP

No comments:

Post a Comment