My Add

Thursday 22 November 2012

26 lagi penduduk Palestin maut

 *SEORANG lelaki Palestin mengangkat mayat Mohammed Ashour, 10, yang
 terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City untuk dikebumikan
, semalam. - AP
GAZA CITY, RABU, 21 November, 2012: Sekurang-kurangnya 26 lagi penduduk Palestin di Genting Gaza maut, semalam akibat serangan udara terbaharu Israel, sekali gus menjadikan angka korban kini meningkat kepada lebih 140 orang.

Serangan roket dari Gaza pula menyebabkan dua penduduk Israel terbunuh, menjadikan angka korban di pihak rejim Zionis itu sejak serangan pada Rabu lalu meningkat kepada lima orang.

Menurut perkhidmatan kecemasan Palestin, dua adik beradik maut di selatan bandar Rafah apabila motosikal yang mereka naiki terkena bedilan jet pejuang Israel, semalam.

Empat lagi maut dalam serangan di tengah bandar Deir al-Balah, tambah perkhidmatan kecemasan itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment