My Add

Wednesday 21 November 2012

26 Nov. bincang kes KP Kesihatan

Hasan Abdul Rahman
 PUTRAJAYA, SELASA, 20 November, 2012: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang bermesyuarat semalam telah menangguhkan kertas cadangan mengenai tindakan tatatertib ke atas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang didenda atas kesalahan berkhalwat.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, penangguhan tersebut dilakukan selepas suruhanjaya mengambil perhatian bahawa jawatan yang dipegang Dr. Hasan merupakan jawatan khas menurut Fasal (3) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

''SPA dalam mesyuaratnya pada 19 November telah menimbangkan kertas cadangan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr. Hasan.

''Jawatan Ketua Pengarah Kesihatan merupakan satu jawatan khas. Tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dahulu dengan mengambil kira peruntukan undang-undang berkenaan jawatan tersebut sebelum penggantungan tugas dan tindakan tatatertib dimulakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment