My Add

Thursday 8 November 2012

3 lelaki diberkas sejam selepas menyamun

TEMERLOH, KHAMIS, 08 November, 2012: Tiga lelaki berjaya diberkas polis sejam selepas mereka menyamun di sebuah premis komputer di Taman Industri, Mentakab, dekat sini, petang semalam.

Tiga suspek berusia 26 hingga 31 tahun berasal dari Triang, Bera dan Bandar Jengka Maran diberkas sepasukan anggota polis yang terserempak dengan mereka di dalam sebuah kereta kira-kira 3.45 petang di kawasan berhampiran premis kejadian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood, sejam sebelum ditangkap, dua lelaki terbabit yang bersenjatakan kayu masuk ke dalam premis berkenaan manakala seorang lagi menunggu dalam kereta.

Suspek dikatakan mengugut sebelum menyamun dan melarikan telefon bimbit pemilik premis serta wang tunai berjumlah RM800,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Mentakab sebelum sepasukan polis menjalankan gerakan memburu suspek berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa.

Zundin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment