My Add

Wednesday 21 November 2012

33,165 banduan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 November, 2012: Terdapat seramai 33,165 banduan sedang menjalani hukuman di penjara seluruh negara kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berdasarkan statistik Jabatan Penjara, seramai 25,507 adalah banduan sabitan manakala selebihnya iaitu 7,658 orang direman.

"Jabatan Penjara melalui program pemulihan iaitu Program Pembangunan Insan sentiasa berusaha meningkatkan latihan dan pemulihan yang diberikan kepada banduan agar mereka benar-benar insaf, pulih, terlatih, berkemahiran, boleh berdikari serta tidak mengulangi kesalahan lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung jumlah banduan di penjara seluruh negara setakat 31 Ogos 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment