My Add

Thursday 15 November 2012

4 universiti utama dunia sertai WUPID 2012

KUALA LUMPUR, khamis, 15 nOVEMBER, 2012: Empat universiti utama dunia adalah antara 30 universiti akan menyertai pertandingan tahunan Debat Jemputan Keamanan Universiti-Unversiti Sedunia (WUPID) 2012 di sini, bulan depan.

Menurut kenyataan Taylor’s University semalam, empat universiti berkenaan ialah Oxford University, England; University of New South Wales, Australia; Monash University, Australia, dan University of Cape Town, Afrika Selatan.

Pertandingan dari 1 hingga 4 Disember itu, akan menyaksikan peserta muda dari universiti utama antarabangsa mendebatkan topik berkaitan keamanan dunia.

Taylor’s University merupakan universiti swasta pertama di Malaysia bekerjasama dengan penganjur WUPID untuk menganjurkan pertandingan tersebut tahun ini.

Pertandingan pusingan kelayakan akan diadakan pada 1 dan 2 Disember manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 4 Disember di Kampus Lakeside, Taylor’s University di Subang Jaya Kenyataan itu menyebut orang ramai dijemput menyaksikan pertandingan debat tersebut. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment