My Add

Monday 5 November 2012

472,541 pelajar mula menduduki SPM hari ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Cuaca cerah di kebanyakan tempat pada sebelah pagi memudahkan perjalanan 472,541 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk ke dewan peperiksaan di seluruh negara bagi menghadapi hari pertama peperiksaan itu.

Calon-calon mula menduduki peperiksaan SPM itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 6 Disember.

Kertas pertama adalah Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula pada 8 pagi hingga 10.15 pagi hari ini, Pendidikan Seni Visual- Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 (11 pagi hingga 12.15 tengah hari) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (2 petang hingga 4.3-0 petang). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment