My Add

Monday 5 November 2012

49,000 unit rumah PBR siap - Shafie Apdal

DUNGUN, ISNIN, 05 November, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyiapkan 49,000 unit rumah di bawah Progam Bantuan Rumah (PBR) daripada 50,000 yang disasarkan dalam tempoh tiga tahun.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata baki sebanyak 1,000 unit lagi dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan depan.

"Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.2 bilion bagi membina 50,000 unit rumah PBR di seluruh negara dan kita jangka semua rumah-rumah itu berjaya disiapkan akhir tahun ini,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah PBR di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.

Katanya, program itu akan dijalankan secara berterusan bagi membolehkan lebih ramai yang memerlukan mendapat manfaat sama ada rumah baharu atau pembaikan rumah sedia ada.

Katanya, kementerian turut merangka program yang dapat membantu anggota isi rumah dari keluarga miskin dan miskin tegar mendapat kemahiran dalam pelbagai bidang.

"Ini penting sebagai satu cara untuk menambah pendapatan mereka dan seterusnya memperbaiki taraf hidup masing-masing dengan pendapatan yang mampu memberi keselesaan,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment