My Add

Tuesday 27 November 2012

5 maut, 4 cedera MPV rempuh lori di Slim River

SLIM RIVER, SELASA, 27 November, 2012: Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.

Kemalangan jam 7.28 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar belakang sebuah lori yang di tepi jalan disebabkan tayar pecah.

Lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit, manakala empat mangsa cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Semua lima mangsa terbabit maut di tempat kejadian akibat tersepit.

Timbalan Ketua Polis Tanjung Malim, Deputi Superintendan R. Supramaniam, berkata ketiha nahas MPV terbabit membawa 11 orang yang sedang dalam perjalanan dari Muar ke Pulau Pinang.

"MPV berkenaan terbabas lalu merempuh lori yang diletakkan di tepi lorong kecemasan," katanya.

Empat daripada lima mangsa yang maut dikenali sebaga Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Tanjung Piandang; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dari Nibong Tebal dan Pang Lee Si, 35, dari Kedah.
Mangsa kelima bagaimanapun belum dikenal pasti lagi.

Sementara itu, jumlah mereka yang cedera meningkat kepada enam orang petang ini.

Mereka ialah Chong Soon Choy, 61, dari Bukit Mertajam; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Bu Wei Hong, 50-an; Lim Tau Hong,5; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal dan Heng Ah Lee, 60, dari Bagan Selatan. - BH

No comments:

Post a Comment