My Add

Wednesday 14 November 2012

50 OKU cacat penglihatan diberi ilmu rawatan Islam

*HAKIM Ahmad (kanan) dan Jaafar Md. Isa (dua kanan) beramah mesra bersama sebahagian peserta Kursus Rukyah dan Rawatan Islam di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Nov Seramai 50 warga orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan didedahkan dengan rawatan Islam dan rukyah bagi kegunaan diri sendiri dan merawat orang lain.

Yang Dipertua Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PBOBM), Jaafar Md. Isa berkata, ilmu tersebut dapat membantu mereka menjana pendapatan dan secara tidak langsung persepsi masyarakat terhadap warga OKU semakin baik.

"Kita lihat kepentingan ilmu bagi memajukan diri warga OKU dan untuk berjaya di dunia serta akhirat.

"Peserta kursus ini yang kesemuanya merupakan pengusaha dan tukang urut refleksologi akan dapat lebih menyumbang kepada masyarakat," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan Kursus Rukyah dan Rawatan Islam yang diadakan di sini sejak kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment