My Add

Sunday 4 November 2012

63 ahli MPKK UniMAP urus penghuni kolej

GURUN, AHAD,04 November, 2012: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini melantik 63 anggota Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) bagi sesi 2012/2013 untuk membantu menguruskan kebajikan penghuni di kolej-kolej kediaman tersebut.

Naib Canselor, UniMAP Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, ahli MPKK memainkan peranan setanding dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), malah mereka lebih rapat dengan pelajar terutama yang menginap di kolej.

"Tanggunggjawab MPKK sangat besar meliputi aspek kebajikan, keselamatan dan disiplin pelajar serta hal pengurusan masa pelajar-pelajar selain turut terlibat dengan pihak pengurusan kolej kediaman.

"MPKK harus bekerjasama dengan MPP dan setiap kelab kerana setiap program yang akan dianjurkan melibatkan pihak-pihak terbabit,” katanya dalam ucapan pada majlis pelantikan MPKK di Gunung Jerai dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal. Terdapat lapan kolej kediaman UniMAP yang dihuni lebih 7,500 pelajarnya.

Setiap kolej mempunyai antara lapan hingga 12 anggota MPKK bergantung kepada bilangan penghuni. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment