My Add

Saturday 10 November 2012

69 wanita termasuk bayi dipindah
 
 *NOORMAH Abdul Rauf memberi penerangan kepada penghuni sebuah pusat
jagaan wanita dalam operasi ke atas pusat jagaan itu di Gombak, semalam.

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Seramai 69 penghuni sebuah pusat jagaan wanita khususnya remaja yang bermasalah di Jalan Sungai Mulia, Gombak dekat sini terpaksa dipindahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini setelah premis itu didapati beroperasi tanpa lesen.

Dalam operasi kira-kira pukul 10 pagi yang turut dibantu polis, Jabatan Kesihatan, dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kesemua penghuninya termasuk seorang bayi berusia lima bulan dipindahkan ke Asrama Bahagia Kampung Pandan di sini, sementara menunggu penempatan baru yang bersesuaian.

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, pusat jagaan yang ditubuhkan 24 tahun lalu itu pernah memohon lesen pendaftaran sejak 2003, namun ditolak disebabkan beberapa faktor tidak menepati piawaian khusus mengikut Akta Pusat Jagaan 1993. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment