My Add

Wednesday 7 November 2012

"Abil alih hutang kami"
 
 *PENDUDUK Bandar Baru Bangi mengadakan demonstrasi aman di hadapan
pejabat PKNS di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, semalam.

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
SHAH ALAM, SELASA, 06 November, 2012: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus didesak mengambil alih hutang rumah pembelinya, kali ini oleh kira-kira 100 penduduk dari Bandar Baru Bangi dekat sini yang bimbang rumah mereka akan dilelong.

Kesemua penduduk itu berkumpul di hadapan pejabat PKNS di Laman Seri, Seksyen 13 di sini hari ini untuk menyerahkan dokumen tuntutan tersebut kepada Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Perhubungan Awam PKNS, Md. Adi Harmizi Ariffin kira-kira pukul 12 tengah hari.

Salah seorang penduduk yang juga ibu tunggal, Habibah Osman, 56, berkata, dia berkumpul di hadapan perbadanan tersebut kerana mahu PKNS membantu penduduk yang sememangnya hidup dalam kesusahan dan majoritinya berasal daripada keluarga susah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment