My Add

Wednesday 14 November 2012

Abu Qatada dibebas dari penjara

LONDON, RABU, 134 November, 2012: Suspek pengganas, Abu Qatada dibebaskan daripada penjara dengan ikat jamin hari ini, selepas mahkamah di sini semalam, meluluskan permohonannya untuk tidak diekstradisi ke Jordan.

Hakim John Mitting memutuskan Qatada dibebaskan, walaupun beliau sering dianggap boleh mendatangkan ancaman keselamatan terhadap kerajaan di negara ini.

Pembebasannya juga dibuat dengan syarat-syarat ketat termasuk perlu menjalani perintah berkurung selama 16 jam di rumahnya di London.

Lelaki berusia 51 tahun itu didakwa terlibat dalam beberapa siri keganasan di Jordan pada 1998. - AFP/REUTERS

No comments:

Post a Comment