My Add

Friday 9 November 2012

AES perlu dipasang di sekolah

Oleh HAMDAN TAWADI
BATU PAHAT, KHAMIS, 08 November, 2012: Kementerian Pelajaran berharap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) turut dipasang di sekolah-sekolah terutamanya yang terletak di jalan utama bagi mengelakkan kemalangan melibatkan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementeriannya akan melakukan kajian dan menyenaraikan sekolah-sekolah terbabit untuk dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.

"Banyak sekolah terletak di jalan-jalan utama yang sibuk dan membahayakan pelajar malah ada sekolah yang tidak mempunyai lampu isyarat.

"Ada juga sekolah walaupun mempunyai lampu isyarat, namun pemandu enggan mematuhinya menyebabkan berlaku kemalangan dan kematian," katanya, di sini, kelmarin.

Mohd. Puad berkata, kerajaan tidak seharusnya melayan permintaan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang mahu pelaksanaan sistem itu ditangguhkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment