My Add

Tuesday 6 November 2012

Al-Arqam perluas pengaruh

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 20122: Kumpulan ajaran sesat Al-Arqam dikesan sedang giat memperluaskan pengaruh mereka di luar negara dengan pelbagai cara dan platform termasuk melalui premis makanan masakan Melayu.

Antara pendekatan mereka ialah restoran Melayu digunakan untuk menarik pengunjung, anak-anak yatim digunakan untuk membuat kutipan amal dan meluaskan pengaruh melalui perkahwinan ahli dengan rakyat luar negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, gerakan kumpulan itu yang kini menggunakan nama Global Ikhwan Sdn. Bhd. didapati mendekati rakyat Malaysia di luar negara terutama golongan pelajar bagi meraih sokongan dan kutipan dana operasi.

“Berdasarkan hasil kajian, Jakim mendapati pergerakan Al-Arqam membawa matlamat untuk mencari ahli dan meluaskan pengaruh serta memperkasa ekonomi bagi tujuan menjalankan aktiviti mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment