My Add

Friday 9 November 2012

Ali: Malaysia perlu lakukan satu anjakan besar


SEREMBAN, JUMAAY, 09 November, 2012: Malaysia perlu melakukan satu anjakan besar untuk melangkah ke peringkat pembangunan seterusnya dan mencapai wawasan 2020, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata cita-cita negara tidak akan tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah bilangan sumber tenaga yang murah.

"Anjakan baharu memerlukan satu peningkatan produktiviti dan daya saing daripada warga negara melalui pembangunan modal insan yang menyeluruh.

"Justeru, sistem dan pengurusan pendidikan negara juga perlu mengalami anjakan ke arah pembangunan modal insan itu," katanya dalam teks ucapan pada majlis penutup Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali. Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud dan Pengerusi SPP Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Ali berkata anjakan dalam profesion perguruan telah dikenalpasti sebagai satu daripada penyumbang kepada pembangunan modal insan negara dan adalah menjadi dasar kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti dan kerjaya guru.

Beliau berkata bagi mencapai dasar dan matlamat itu, fokus memartabatkan profesion perguruan adalah untuk menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru dan menambah baik persekitaran kerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment