My Add

Monday 26 November 2012

Amalan LGBT menular ke luar bandar - Pakar motivasi

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 26 Nov.ember, 2012:Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini kian membimbangkan apabila kini ia dikesan sudah menular ke bandar-bandar kecil.

Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata turut membimbangkan ialah semua kaum terlibat dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional.

"Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesan merebak di bandar-bandar kecil seperti Kuala Terengganu sendiri.

"Ini kerana anak-anak dan masyarakat cukup mudah untuk melihat dan berkomunikasi dengan golongan ini melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain," katanya kepada pemberita selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Seminar yang dihadiri kira-kira 2,000 orang melibatkan 292 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara Datuk Raja Arif Raja Ali.

Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy, berkata pada tahun ini lebih 1,000 pengamal LGBT telah datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, berdasarkan kes-kes yang datang kepadanya, mereka yang terlibat dengan LGBT termasuk suami atau isteri orang.

Sementara itu, Raja Arif berkata seminar yang dianjurkan Pejabat Daerah itu merupakan satu langkah awal yang sangat baik bagi mencegah perkara yang sangat keji itu merebak.

Katanya sehingga ini program seumpama itu telah dibuat sebanyak 15 siri di seluruh negara bermula di Putrajaya yang melibatkan seluruh komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment