My Add

Saturday 10 November 2012

Ambiga: Tiada masalah kerajaan sedia ada dipilih jika pilihan raya adil

S. Ambiga
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S.Ambiga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya kerajaan sedia ada dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang, asalkan ia dijalankan secara adil.

"Boleh saja kerajaan yang sama, orang yang sama masuk, (tetapi) mereka perlu membenarkan pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil," katanya dalam temu bual dengan Ketua Pewarta Antarabangsa CNN Christiane Amanpour di New York pada Selasa.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata demikian apabila ditanya sama ada 'Arab Spring' mungkin berlaku di Malaysia.

"Di tempat kami, kami tak mahu berlaku 'Arab Spring'. Kami mahu pilih pemimpin kami melalui pilihan raya yang bersih dan adil, kami mahu berbuat demikian melalui peti undi," katanya.

Ambiga berkata beliau lebih bimbang tentang proses pilihan raya itu sendiri, daripada siapa yang akan menang.

"Proses pilihan raya penting kerana ia mencerminkan kehendak rakyat. Ia adalah mengenai sah atau tidak dan memenuhi hak pemilih untuk mengundi," katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment