My Add

Monday 5 November 2012

Anak bekas wakil rakyat parah ditetak

*WAN Mohd. Faizal terbaring berlumuran darah setelah 
ditetak empat lelaki bersenjatakan parang di Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, AHAD, 04 November, 012: Kira-kira 20 pengunjung sebuah restoran mamak di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini hari ini, bertempiaran melarikan diri kerana ketakutan melihat insiden ngeri, seorang anak bekas ahli politik parah ditetak oleh sekumpulan empat lelaki.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa, Wan Mohd. Faizal, 25, iaitu anak kepada usahawan kereta dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan tangan setelah diserang dengan parang oleh suspek.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu, dia mahu meletak kereta di hadapan restoran berkenaan untuk bersarapan apabila melihat empat lelaki bersenjatakan parang menetak mangsa di kaki lima bersebelahan premis tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment