My Add

Thursday 8 November 2012

Anak peneroka, OKU penerima biasiswa Yang Dipertuan Agong

KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Anak peneroka Felda, Mohd Muzamir Mahat yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan dan Sains Material di Imperial College, London, mendahului 12 penerima biasiswa Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Turut menerima biasiswa itu ialah Mohd Khairi Ismail, 24, Orang Kurang Upaya (OKU), yang akan mengikuti pengajian ijazah sarjana bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan biasiswa itu kepada pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum ini di Istana Negara.

Biasiswa itu yang diwujudkan kerajaan sejak tahun 2006 menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam, diberikan kepada warga Malaysia yang cemerlang dalam akademik selain menghasilkan karya kreatif dan inovatif serta mendapat tempat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di universiti terkemuka tempatan dan luar negara.

Lima lagi penerima yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ialah Ng Kheng Tee, 22, (Bioteknologi di University Of Cambridge (Downing College), Hassan Mohamed, 26, (Kejuruteraan Mekanikal dan Tenaga, University Of Cambridge (Selwyn College), Noradila Nordin, 24, (Kejuruteraan Elektronik (Elektrik)University College London), Ng Chuck Chuan, 23, (Sains Gunaan (Agrobiologi)Universiti Malaya) dan Mohd Nazri Bajuri, 25, (Kejuruteraan Bioperubatan, University Of Oxford (Somerville).

Lima penerima biasiswa peringkat sarjana ialah Alif Imran Mohd Shuhaimi, 27, (Kejuruteraan Nuklear di Imperial College London), Ezaroyani Zull Kepili, 27, (Polymer and Polymer Composite, Universiti Teknologi Malaysia), Nur Syahira Mohd Annuar, 22, (Advanced Material, Imperial College London), Wong King Kiat, 24, (Mikroelektronik, Universiti Teknologi Malaysia) dan Yap Kien Pong, 26, (Biologi Molekul, Universiti Malaya).— BERNAMA

No comments:

Post a Comment