My Add

Monday 5 November 2012

Antibiotik haram: Kementerian tunggu pengesahan

KUCHING, AHAD, 04 November, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mendapatkan pengesahan pihak berkaitan berhubung dakwaan penggunaan antibiotik yang diharamkan dalam produk makanan sejuk beku dan ayam segar oleh sebuah syarikat, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima kenyataan rasmi daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan berkenaan dakwaan tersebut.

Katanya, jika dakwaan tersebut benar, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan pegawai penguat kuasa kementeriannya mengambil tindakan.

"Kita akan bekerjasama dengan kedua-dua kementerian tersebut dan sebaik sahaja surat rasmi diterima, arahan menarik balik produk berkenaan dari pasaran akan dilaksanakan segera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment