My Add

Saturday 3 November 2012

Antilompat amalan hipokrit politik

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL
 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan undang-undang antilompat parti yang diusulkan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai hipokrit politik memualkan serta bukti amalan politik ‘cakap tak serupa bikin’.

Menurut beliau, perkara itu juga jelas menampakkan pertentangan ideologi berlaku dalam DAP apabila Pengerusinya, Karpal Singh pernah membantah undang-undang tersebut kerana bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan memilih.

“Jadi persoalannya kalau sudah jelas undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, mengapa kerajaan DAP meluluskannya dan ini bercanggah dengan pendirian Pengerusi mereka sendiri yang juga seorang peguam veteran.

“Amalan pembangkang ini jelas satu hipokrit politik yang sangat memualkan dan satu amalan putar belit ‘lu buat dosa, wa buat takpa’ (kamu buat dosa, saya buat tidak mengapa). Jika benar pembangkang ikhlas dengan prinsip itu, mengapa mereka memilih berdiam diri ketika beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) lompat parti? Bukan sahaja diam diri malah bersorak meraikan sebagai satu kemenangan politik," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment