My Add

Friday 16 November 2012


Anugerah khas untuk pelajar Malaysia cemerlang

Daripada ROZAMAN ISMAIL
GOLD COAST, JUMAAT, 16 NovEMBER, 2012: Majlis Perniagaan Australia-Malaysia bersetuju mewujudkan satu anugerah khas untuk pelajar negara yang mencatatkan pencapaian cemerlang dalam semua bidang di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu panel khas yang ditubuhkan akan menilai dan memilih pelajar Malaysia yang cemerlang dalam akademik serta bidang-bidang lain.

Sebagai permulaan kata beliau, anugerah yang mirip kepada Anugerah Merdeka itu dibuka untuk penuntut peringkat ijazah sarjana muda di Victoria.

"Anugerah yang sama akan diperluaskan ke negeri -negeri lain di Australia menerusi inisiatif cawangan-cawangan Majlis Perniagaan Australia-Malaysia di New South Wales, Queensland dan Australia Barat, '' katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin dalam lawatan kerja sembilan hari ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast bermula 8 November lalu hingga Ahad ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment