My Add

Saturday 10 November 2012

Anwar cuba pertahan anak

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 09 NovEMBER, 2012: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mempertahankan anaknya, Nurul Izzah yang dikecam hebat berikutan kenyataannya bahawa semua rakyat termasuk orang Melayu di negara ini wajar untuk menentukan agamanya sendiri.

Sebaliknya, Anwar menegaskan, kesemua tuduhan terhadap Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR itu hanya satu penipuan dan fitnah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk media yang dikuasainya.

Berdasarkan penjelasan anaknya itu, kata Anwar, Nurul Izzah ada mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat tidak dipaksa mengamalkan agama mereka tetapi tidak kepada orang Melayu yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Semua ini adalah pembohongan dan fitnah terhadap anak saya (Nurul Izzah). Teruk dia diserang oleh media kerajaan tapi saya kata pada dia, ini semua cubaan yang awak (Nurul Izzah) terpaksa lalui.

Kenyataan keliru dilihat seragam dengan ayahnya

Sambil itu kenyataan Nurul Izzah yang menimbulkan kekeliruan mengenai agama Islam dilihat seragam dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan ayahnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr. Yusri Mohamad berkata, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan yang amat mengecewakan umat Islam di negara ini semasa mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 lalu terhadap Lina Joy yang mengaku murtad.

“"Saya melihat rakaman wawancara Anwar bersama media asing, ketika ditanya oleh wartawan itu adakah Lina Joy berhak menukarkan agamanya, Anwar menjawab ‘Itu adalah haknya’.

"“Ini yang menjauhkan hati saya daripada dia, walaupun saya bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) ke-5 dan Anwar adalah bekas Presiden ABIM kedua, kawan memang kawan tetapi isu agama lebih besar dari segalanya, ini bukan isu peribadi tetapi soal prinsip," katanya. - UTUSA

No comments:

Post a Comment