My Add

Tuesday 6 November 2012

Anwar digesa buat kenyataan jawatan parti

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membuat kenyataan terbuka berhubung jawatan dalam parti yang disandangnya ketika ini kerana didakwa diperolehi tidak melalui proses dan amalan demokrasi.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pengakuan berkenaan perlu dibuat kepada Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones, National Endowment for Democracy (NED), Kedutaan Jerman dan Open Society Institute.

“Selama ini mereka semua telah diperbodohkan oleh Anwar kerana percaya jawatan disandang Anwar dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperolehi melalui proses dan amalan demokrasi.

“Sehingga hari ini, Jones masih tak tahu yang jawatan Anwar sebagai Ketua Umum PKR dibuat melalui proses pelantikan oleh isterinya, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment