My Add

Friday 9 November 2012

APMM jamin perairan negara sukar dibolosi warga asing

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memberi jaminan perairan negara sukar dibolosi pendatang haram berikutan agensinya akan memastikan pemantauan dan rondaan sentiasa dijalankan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, pihaknya sentiasa memantau semua sempadan perairan negara bagi mengelak kemasukan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah termasuk pelarian etnik Rohingya.

Malah katanya, sebanyak 17,633 pemeriksaan dijalankan ke atas kapal terutama di Selat Melaka sejak Januari hingga Oktober tahun ini.

"APMM kini memiliki aset operasi sebanyak 252 buah termasuk kapal, bot, pesawat udara dan radar bagi menjaga perairan dan ruang udara di Zon Maritim Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment