My Add

Thursday 15 November 2012

Asia terus terajui pertumbuhan ekonomi global

KUALA LUMPUR, RABU, 14 November, 201: Asia akan terus menerajui ekonomi global tahun depan dengan pertumbuhan dua peratus lebih pantas berbanding purata pertumbuhan dunia.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berkata, kedudukan Asia sebagai pusat pertumbuhan utama dunia tidak boleh dipandang rendah memandangkan tidak ada mana-mana ekonomi dunia terlepas daripada impak kelembapan ekonomi yang berlaku di Eropah dan negara maju yang lain.

"Dalam keadaan sekarang, pertumbuhan ekonomi mana-mana negara Asia bergantung kepada tindakan pembuat dasar global, khususnya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Boleh saya katakan di sini bahawa perkataan 'tindakan' adalah kata operasi bagi pembuat dasar itu," kata Lagarde.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan syarahan umum yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment