My Add

Friday 9 November 2012

ATM sedia khidmat 24 jam

Oleh MOHD. AZRIN MUHAMMAD
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kemanusiaan sekiranya negara dilanda bencana alam dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatannya, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Abd. Razak Md. Yusoff berkata, segala keperluan dan kemahiran anggota yang ditugaskan berada dalam keadaan terbaik selepas menjalankan Latihan Pengendalian Hospital Hadapan ARPA 52/ALU7.

"Seramai tujuh pegawai perubatan dan 50 anggota lain-lain pangkat didedahkan dengan kemahiran mendirikan Hospital Hadapan dan kaedah penyimpanan yang betul bagi kegunaan masa hadapan.

"Latihan ini juga bertujuan membuat pemeriksaan keseluruhan aset khemah dan fungsi peralatan perubatan serta bukan perubatan secara fizikal, membuat senggaraan dan melaporkan kepada pihak atasan jika terdapat kerosakan semasa dalam simpanan," katanya. -  UTUSAN 

No comments:

Post a Comment