My Add

Tuesday 6 November 2012

Australia, Britain terus beri tekanan ke atas Myanmar

VIENTIANE, SELASA, 06 November, 2012: Australia dan Britain hari ini terus mengenakan tekanan ke atas Myanmar berhubung rintihan etnik minoriti negara itu dan menggesa agar menamatkan kekejaman ke atas negeri Rakhine.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan Setiausaha Luar Britain, William Hague mengetengahkan isu itu dalam pertemuan berasingan mereka dengan Presiden Myanmar, Thein Sein ketika Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) 2012, di sini, hari ini.

“Ketika kita dalam era kemajuan mengenai hak asasi, kita sepatutnya lebih memberikan layanan yang terbaik terhadap golongan minoriti," kata Gillard kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Ia adalah pertemuan pertama pemimpin Australia dan Myanmar sejak tiga dekad lalu.

Myanmar sudah menandatangani beberapa siri gencatan senjata dengan etnik miniroti pemberontak tetapi usaha itu dibayangi oleh pergaduhan antara penganut Buddha dan Islam Rohigya di barat Rakhine.

Hague pula berkata, beliau menyuarakan rasa prihatinnya terhadap kekejaman yang berlaku di Rakhine dalam pertemuannya dengan Thein Sein.

“UK mahu semua parti politik di Myanmar membuat sesuatu bagi menamatkan keganasan dan memberi layanan kepada Rohigya memperjuangkan hak kerakyatan mereka," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment