My Add

Wednesday 28 November 2012

Awasi ideologi songsang yang kian menular 

Oleh ZAINUDIN ISA, ZEF OTHMAN, NORA MAHPAR dan MOHD HUZAIMICetakEmel Kawan

*MUHYIDDIN Yassin diiringi Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersalaman bersama perwakilan ketika menuju ke Dewan Merdeka untuk merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - Foto Effendy Rashid

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berdepan dengan tentangan ideologi baru apabali munculnya kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang berteraskan pemikiran sekular liberal yang ditolak agama Islam.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ideologi itu menular di kalangan masyarakat negara ini kononnya atas dasar kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

"Oleh itu, terdapat parti politik tertentu (pembangkang) akan mengutip apa saja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

"Ideologi songsang ini dilihat sudah menembusi benteng politik pembangkang. Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sejak akhir-akhir ini sering mengeluarkan pandangan dan kenyataan yang bercelaru," katanya ketika berucap pada perasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Pembangkang pada satu ketika tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara yang menghalang pelakuan liwat adalah satu undang-undang kolot.

"Jika undang-undang itu kolot, apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana pelakuan songsang ini dibenarkan di Barat dan diterima sebagai hak asasi manusia, maka dia (Anwar) turut hendak menghalalkannya," katanya.

Timbalan Presiden UMNO berkata, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin berpengaruh dan banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang itu. 

Katanya, golongan itu juga turut melobi masyarakat dunia supaya hak LGBT dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan perdana menteri menolak keras cadangan itu kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa.

"Kita bersyukur, negara ASEAN lain turut bersetuju dengan pendirian Malaysia dan cubaan untuk mengiktiraf amalan LGBT sebagai satu hak gagal," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment