My Add

Monday 5 November 2012

Badrulamin disiasat kerana disyaki terbabit dalam al-Arqam

SHAH ALAM: ISNIN, 05 November, 2012 Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron akan disiasat kerana disyaki terbabit dalam al-Arqam apabila hadir dalam program anjuran Global Ikhwan Sdn Bhd di Rawang, baru-baru ini, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin.

"Apabila beliau (Badrulamin) hadir, bermakna ia membantu mengembangkan ajaran Aurad Muhammadiah dan menghidupkan semula al-Arqam. "Walaupun beliau menafikan pembabitannya dalam pertubuhan yang diharamkan ini, kita tetap siasatnya mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Walaupun beliau nafikan pembabitan dalam al-Arqam, tetapi tetap menjadi kesalahan kerana dia hadir beri sokongan kepada pertubuhan difatwakan haram pada 1995," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

JAIS menahan 20 orang termasuk Badrolamin di Rawang baru-baru ini atas dakwaan cuba menghidupkan semula al-Arqam. - BH

No comments:

Post a Comment