My Add

Thursday 15 November 2012

Bapa harung asap tebal, api selamatkan anak

BESUT, RABU, 14 November, 2012: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun nyaris rentung selepas bapanya tertinggal anaknya itu di dalam rumah ketika bergegas keluar untuk menyelamatkan diri dan keluarga semasa kebakaran di Kampung Pengkalan Sentul dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, Shahirah Alias sedang tidur bersama adiknya, Mohd. Shaqeef Irwan, 4; kakak sulungnya, Nor Anis Sanisa, 8, dan bapanya, Alias Manaf, 37, di dalam sebuah bilik.

Alias ketika ditemui memberitahu, isterinya, Nur Idawati Abdullah, 33, pula berada di bilik lain bersama anak bongsu mereka berusia tiga bulan dan seorang lagi anak yang berumur satu setengah tahun.

Menurutnya, tiba-tiba Nor Anis Sanisa mengejutnya dan memberitahu terdapat api.

"Sebaik sahaja dikejutkan, saya terlihat dua rak pakaian di tepi dinding bilik itu sedang terbakar. Saya lalu bergegas keluar rumah dan membawa Nor Anis Sanisa serta Mohd. Shaqeef Irwan. Isteri dan dua lagi anak juga dapat keluar dengan selamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment